Pages

Sunday

Nilai Duit Ringgit PASTI Menyusut

Segelas Teh Tarik waktu zaman sekolah hanya 30sen!

Sedar atau tidak masa berlalu begitu pantas, dari zaman kita sekolah ke zaman kita bekerja. Zaman sekolah la yang paling seronok bukan saja kerana dapat bermain dgn kawan2 di sekolah malahan tak payah nak fikir pasal nak bayar BIL, nak siapkan duit sekolah anak, nak byr HUTANG PTPTN, HUTANG rumah, kereta, kad kredit dan macam2 lagi.

Ketidakcukupan duit bukan pasal kita susah nak mendapatkannya sahaja. Ada banyak perkara yang kita patut lakukan dalam mengurus duit kita samada kita ada duit atau "kita AKAN ada duit".

Antaranya NILAI DUIT PASTI MENYUSUT terhadap MASA..

Kadar kenaikan taraf hidup & kenaikan harga barangan keperluan semasa antaranya kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, tepung dan macam-macam lagi memang memberi tekanan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi yang mempunyai anak. Bagi mereke yang berniaga mungkin dapat mengawal perbelanjaan & menaikkan harga barang / perkhidmatan yang ditawar tetapi kebanyakan dari kita yang berumur antara 23-45 tahun masih lagi bekerja dengan syarikat. Boleh ke kita minta MAJIKAN naikkan gaji bila setiap kenaikan harga barangan? Silap bukan gaji yang naik tapi surat amaran yang "naik".. Terima atau tidak, kita MESTI menerima keadaan tersebut.

BERAPA TAHUN LAGI NILAI RM1 MENJADI 50sen??

Mengikut pengiraan ekonomi berkaitan kadar nilai duit berkait masa (Time Value of Money, TVM), kita menggunakan HUKUM 72

Kadar inflasi(kenaikan harga/taraf hidup) sekarang (2010) di sekitar Johor Bahru, KL, Penang ialah 5% setahun.

Bermakna nilai RM1 akan menjadi RM0.50 pada :

72/5 = 14.4

14 tahun dari sekarang iaitu tahun 2024

Kalau duit dalam simpanan kita pun boleh diambil kira, andaikata nilai dalam simpanan kita RM100,000 bermakna nilainya pada 2024 nanti hanya bernilai RM50,000 sahaja. Hanya mampu membeli barangan yang bernilai RM50k pada masa sekarang (bayangkan)..

Lakukan sesuatu sebelum tiba masanya!!

Saturday

Jaminan Pendapatan Akibat Hilang Pekerjaan

Pentingnya Pekerjaan & Kerjaya
Setiap manusia yang ada tanggungjawab pasti bekerja samada dengan 'makan gaji' atau berniaga. Paling penting tanggungjawab pada diri kita sendiri, makan, pakai, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya. Tanggungjawab pada ibubapa kita, anak-anak, adik beradik dan lain-lain.
Tanggungjawab = "Tanggung"+"Jawab"; bermakna setiap yang kita Tanggung MESTI ada JAWABnya.
Jadi, sudah tentu dengan bekerja / berniaga kita akan melaksanakan atau menjawab apa yang telah kita tanggung atau terpaksa tanggung. Ada yang telah bekerja hampir 30 tahun, ada yang baru 3-5 tahun tetapi tanggungan kita tetap memerlukan kita sehingga akhir hayat.

Pekerjaan akan hilang disebabkan oleh 4 perkara utama :
1.Dibuang kerja atas sebab disiplin, salah laku, syarikat tutup, berpindah dan macam-macam lagi.
2. Akibat sakit kritikal seperti Kanser, serangan jantung, stroke, buah pinggang dan banyak lagi.
3. Hilang upaya kekal akibat kemalangan, serangan angin ahmar / stroke, lumpuh sehingga tidak mampu bergerak lagi. Orang lain yang bantu makankan, mandikan dan pakaikan
4. Mati Sebelum Masa

Pernah tak kita terlintas memikirkan perkara-perkara di atas yang mungkin akan berlaku pada diri kita yang menjadi orang HARAPAN keluarga & anak-anak kita??

Apakah Jaminan Pendapatan Berterusan yg dirancang sebelum perkara-perkara di atas berlaku??